Pages

Wednesday, March 28, 2012

RNRnewsletter subscription

Salam dan hye,
Kepada anda yang berminat untuk menerima makluman terbaru via SMS berkenaan tempahan, status pengeposan dan lain-lain maklumat dari RNRcollection, anda boleh melanggan RNRnewsletter. Jangan risau, tiada caj akan dikenakan apabila anda menerima setiap SMS dari kami.

Langganan RNRnewsletter diharapkan dapat memudahkan kami untuk memaklumkan info terbaru RNR kepada pelanggan. Insyaallah, dengan sistem SMS ini, anda tidak akan ketinggalan untuk membuat tempahan dan menerima status semasa dari RNR.

Kami berterima kasih kepada anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi untuk bergerak maju ke hadapan dalam menguruskan RNRcollection dan diharapkan juga RNRnewsletter dapat mengeratkan silaturahim kami dengan para pelanggan. Insyaallah:)

klik di sini untuk mengisi borang langganan RNRnewsletter. terima kasih:)

Salam ukhuwah,
RNR

Friday, March 2, 2012

kenapa parcel tak sampai-sampai ni?

Adakah anda di antara pelanggan-pelanggan kami yang pernah bertanyakan soalan yang sama pada RNRcollection? atau pernahkah soalan ini terlintas di fikiran apabila parcel tak diterima?

Para pelanggan yang dihormati,
Isu berkenaan kelewatan penerimaan parcel ini tidaklah hanya berlaku pada RNR sahaja. Ia pernah dialami oleh kebanyakan perniagaan online lain. Apabila berlaku isu ini, sedikit sebanyak ia menjejaskan nama perniagaan online kerana setiap pelanggan mempunyai andaian dan persepsi sendiri mengapa kelewatan penghantaran berlaku.

Para pelanggan yang dihormati,
pengetahuan yang kami ingin kongsi ini bukan sahaja untuk pengetahuan pelanggan, tetapi juga para peniaga online yang jujur dan ikhlas untuk berniaga. Percayalah, kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk para pelanggan. Namun, kami juga tidak boleh mengelak sekiranya ada masalah berlaku.


Para pelanggan yang dihormati,
dalam konteks penghantaran parcel, anda sebagai pelanggan perlu membuat satu andaian yang positif dan andaian itu perlu dibina dari beberapa faktor yang positif. Di dalam masalah kelewatan parcel ini, terdapat 3 faktor utama yang terlibat:

1) Penghantaran stok fabrik
RNR mengambil stok fabrik dari pembekal. Kadangkala, penghantaran stok fabrik lewat kerana pihak pembekal tersebut menerima stok fabrik dari pengilang juga lewat.

2) Pemeriksaan Quality Control
RNR terdiri dari beberapa bahagian yang menguruskan perkara yang berbeza.
a) bahagian pengurusan tempahan
b) bahagian proses dan pembuatan
c) bahagian penghantaran parcel
d) bahagian publisiti dan penjenamaan
e) bahagian undang-undang dan akta intelek
Quality Control ditugaskan kepada bahagian proses dan pembuatan. Selepas tempahan siap dijahit, bahagian ini akan memeriksa QC tempahan tersebut sebelum ke bahagian seterusnya. sekiranya terdapat sebarang kecacatan pada tempahan, tempahan tersebut akan ditangguhkan penghantarannya ke bahagian seterusnya. Namun, tidaklah dinafikan terdapat juga ketidaksempurnaan dalam pemeriksaan QC dan kami mohon maaf untuk permasalahan tersebut.

3) Pengeposan dari Pusat Pos Laju (PPL).
RNR bertanggungjawab untuk memastikan penghantaran dibuat dengan selamat ke Pusat Pos Laju (PPL). Apabila berlakunya masalah dalam kelewatan pengeposan PPL ke pihak penerima, kami akan menghantar laporan kepada pihak PPL untuk perhatian dan tindakan. Berdasarkan prosedur yang ditetapkan, pihak pengirim perlu membuat laporan hanya selepas parcel gagal diterima dalam masa 15 hari. Dan, pastinya untuk menyelesaikan masalah ini ia memerlukan masa dan janganlah ada yang fikir kami mereka-reka pelbagai alasan untuk mengelak dari penyelesaian masalah.

Para pelanggan yang dihormati,
berdasarkan faktor-faktor ini, kami mohon anda untuk membuat penelitian sebelum menyatakan sesuatu pernyataan kerana sedikit sebanyak pernyataan yang tak jelas dan negatif kebenarannya menjejaskan nama baik RNR dan menghakis kepercayaan pelanggan lain terhadap kami.

Para pelanggan yang dihormati,
kami mohon maaf untuk masalah penghantaran yang pernah dan mungkin terjadi dalam masa tertentu. Kami tidak sempurna tetapi dengan izin Allah, kami akan berusaha bersungguh untuk memastikan kelancaran setiap batch tempahan yang dibuka. Anda adalah pengantara Allah untuk memberi cahaya rezeki kepada kami. Sejujurnya, kami sangat ikhlas dalam perniagaan kami dan terima kasih kami ucapkan untuk sokongan anda dalam memberi peluang kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Terima Kasih.
Salam ukhuwah dari RNR.

Thursday, February 9, 2012

Alhamdullilah: 1 tahun yang indah.


Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi,
hari ini genaplah setahun RNRcollection dibuka dan beroperasi. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami lalui. Segala kritikan positif anda menjadi sumber inspirasi kepada kami untuk terus berusaha. Kepada pelanggan dan penyokong kami, tiada yang lebih beerti buat kami apabila dapat melihat gambar-gambar anda bersama produk RNR dan setiap cadangan yang telah anda beri sememangnya memberi kami pengetahuan untuk terus maju. Kami berterima kasih kepada anda semua kerana sentiasa memberi kepercayaan dan peluang untuk kami.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang bekerjasama dan membantu pihak RNRconcept dalam melancarkan segala proses yang terlibat.
Kepada pekerja dan pembantu kami, tanpa anda tak mungkin RNRconcept dapat melangkah. Anda teraju utama kami dan kami sangat berterima kasih kerana mempunyai pembantu seperti anda semua.
Kepada Puan Mardziah Hashim dan Encik Rosman Abd Rashid, bonda dan ayahanda kami yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang tiada bandingan.Sesungguhnya Redha Allah itu beserta dengan Redha Mak dan Ayah. Terima kasih kerana sentiasa meredhai setiap perkara yang kami ingin lakukan.
Kepada Azizul Rahman Rosman, abang yang dihormati, terima kasih untuk sentiasa bersama kami dalam apa jua keadaan sekalipun. kami sangat menghargai setiap usaha Yeop untuk RNRconcept. Ayunie Tahir, adik yang disayangi, terima kasih kerana sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada Kaknyah Kaklong.
Tidak lupa juga kepada kesemua photographers dan model-model yang pernah terlibat dengan pengambaran RNRconcept. Terima kasih kerana menambah indah ke dalam produk RNR untuk tatapan pelanggan kami.

Infinite Gratitude from RNRconcept. May ALLAH SWT bless all of us with success and happiness. Thank you

Saturday, February 4, 2012

RNR guna material ape ye?

Inilah soalan yang selalu kami terima di RNRcollection. Material yang kami guna untuk produk RNR adalah cotton-lycra. Ada yang mempertikaikan produk RNR guna kain skirting meja, yang cakap kain langsir pun ada. Tolong jangan percaya.
Sekiranya anda di antara pelanggan kami yang ragu-ragu dengan material yang kami guna, silalah baca artikel ini.
Berdasarkan maklumat dari Focus Technology, Ltd. (2012), lycra adalah sejenis fiber yang boleh meregang dan fiber lycra ini akan digabungkan dengan material lain sebanyak 5-10%. Antara material lain yang digabungkan ialah:
a) cotton-lycra
b) jersey-lycra
c) satin-lycra
d) nylon-lycra
e) corduroy-lycra

COTTON-LYCRA
Material: Polyster/ cotton/ lycra
style: plain dyed
composition:
68.7% cotton
29% polyster
2.3% lycra
purpose: casual wears

JERSEY-LYCRA
Material: Jersey/ cotton/ lycra
style: Knitting dyed
composition:
47% Jersey
47% cotton
6% lycra
T-shirt garment and sportwears

SATIN LYCRA
material: polyster/ lycra
style: plain dyed (soft)
composition:
97% polyster
3% lycra
shining
evening ladies dress

NYLON-LYCRA
material: nylon/ cotton/ lycra
style: solid dyed
shrinkage rate: 5 %
composition:
75% nylon
20% cotton
2.3 % lycra
leggings and swim wears

CORDUROY LYCRA
material: cotton/ lycra
style: solid dyed and coated
composition:
98% cotton
2% lycra
men wears, trousers

"RNR lycra yang mane?" untuk pengetahuan anda, produk RNR menggunakan material gabungan cotton, polyster dan lycra iaitu cotton lycra.
"eh, RNR guna kain jersey la, RNR tipu pelanggan!" jangan cakap sebegitu kerana kami membuat kajian dan telah bertanya pada pembekal kami tetang perbandingan Jersey dan cotton lycra. Jika lihat ciri-ciri Jersey dan Cotton Lycra memang hampir sama tetapi berbeza. proses menghasilkan fabrik dan alunan benang semasa pembuatan adalah berbeza.
"Alaahh, produk RNR murah sebab guna kain tak elok, kain murah. dapatlah untung melambung."
kakak, produk RNR murah bukan sebab kain tidak berkualiti atau kami nak untung lebih. Kami jual murah sebab kami mengambil kira aspek kesederhanaan. Keserdehanaan harga untuk pembeli biasa, berpendapatan biasa, orang biasa yang teringin untuk bergaya dan tidak perlu mengikat perut semata-mata untuk membeli pakaian berjenama. Ambil kira juga kos elektrik, kos upah pekerja dan keringat kami yang berusaha untuk memuaskan hati semua pihak.

Kami harap artikel ini dapatlah menjelaskan keraguan anda yang mempunyai persepsi negatif pada produk RNR. Kami sentiasa cuba untuk memperbaiki perniagaan kami dari semasa ke semasa. Kritikan anda banyak memberi inspirasi kepada kami dan terima kasih kami ucapkan.

SELAMAT MEMBACA!:)

Sunday, January 29, 2012

RNRconcept: PHOTO CONTEST

Thank you for participated in RNRconcept Photo Contest,
EACH CONTESTANT will receive RM50 Jaya Jusco Shopping Vouchers.