Pages

Sunday, January 13, 2013

Tempahan RNRskirt


follow us on Instagram @rnrconcept

salam dan hye,
sebelum RNRcollection membuka tempahan baru, kami ingin berkongsi maklumat yang diperlukan oleh pelanggan sebelum membuat tempahan. kami amat berharap maklumat ini dapat menjawab persoalan yang timbul.

Produk tailor made
produk RNR adalah produk tailor made dimana ia dijahit sepenuhnya berdasarkan ukuran yang diberikan oleh pelanggan. adalah amat penting untuk pelanggan memastikan ukuran yang diperlukan tepat supaya ia dapat dipakai dengan selesa. Kami sertakan diagram pengukuran untuk membantu para pelanggan membuat rujukan pengukuran yang tepat.

pelanggan perlu memberi kami ukuran lilit pinggang (waist) dan labuh kain (length) dalam inci. ukuran untuk pinggul tidak diperlukan kerana RNRskirt adalah skirt separa kembang dan tidak mengikut bentuk pinggul. 


 Prosedur tempahan
Tempahan RNRskirt dijalankan secara pre order dimana tempahan akan ditutup sejurus kuantiti tempahan mencapai had yang ditetapkan. untuk tempahan batch 13, kami akan menerima tempahan untuk 700 helai skirts dan kami akan maklumkan sekiranya tempahan menghampiri had dari masa ke masa. Tempahan akan mula dihantar secara berperingkat selepas 3 - 5 minggu dari tarikh dan waktu tempahan ditutup . berikut adalah diagram prosedur dan proses tempahan untuk panduan para pelanggan.

1) pelanggan perlu mengisi borang tempahan RNRconcept order form.
(borang tempahan hanya boleh dirujuk melalui penggunaan komputer. ia tidak diselaraskan untuk mobile view)

2) Selepas borang tempahan dihantar, pelanggan akan menerima auto response email yang mengandungi maklumat akaun untuk proses pembayaran.
(pelanggan perlu memastikan email address yang dinyatakan betul untuk menerima auto response email)

3) Pelanggan yang telah membuat pembayaran mesti menghantar bukti transaksi sebagai lampiran pengesahan pembelian. kami menerima pembayaran yang dilakukan melalui online banking, ATM transaction dan cash deposit. Yang penting, bukti transaksi tersebut PERLU dihantar ke rnrnconcept@gmail.com

4) Selepas pembayaran disahkan, kami akan mengemaskini senarai confirmation code sebagai rujukan tempahan dari masa ke masa di dalam album yang disediakan. Confirmation code diberi bertujuan untuk memudahkan kami merujuk fail tempahan para pelanggan.

5) tempahan akan mula dipos secara berperingkat mengikut aturan confirmation code bermula selepas 3 minggu selepas tempahan ditutup. kami akan membuat kemaskini tracking code PPL di dalam album: tracking code batch 12 untuk rujukan para pelanggan.

kami berharap nota-nota ringkas ini dapat membantu anda untuk memahami proses dan prosedur yang telah ditetapkan. insyaallah, kami akan cuba yang terbaik untuk menghasilkan produk yang berkualiti. terima kasih dari RNR. 




1 comment:

  1. Salam.. utk yg terkini.. mcm mane nak tau tempahan masih dibuka atau telah di tutup... saya amat berminat utk memiliki skirt rnr..

    ReplyDelete